Wednesday, November 22, 2017

KFC Chizza Ku-Sogo-kkan ~_^

Salam kawan-kawan! 

Ya, kita bersua kembali setelah I selesai memperbaharui keahlian di Gua Tempurung 😊

Apa khabar semua?

Saya di sini khabar baik. Diharap saudara di sana pun sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya...

Eh, eh! Dah kenapa pulak salah meroyan nih!

Kalau dah asyik keluar masuk gua bertapa, tak payahlah sungguh-sungguh bertanya khabar. Ya tak? Esok lusa masuk balik dalam gua. Buang tenet aje nak menjawab khabar 😊

Maaflah dengan 'tajuk yang tak seberapa' tu. 

Maklumlah, I ni kalau nak paksa keluar gua mestilah sama ada a) jalan-jalan atau b) cari makan. Lain hal memang malas nak keluar dari gua menaip entri tau!

Semalam dalam hujan lebat, suamiku HD suruh mengikut ke area Sogo kerana dia ada urusan di kawasan berhampiran. Maka dalam hujan lebat itulah kami tiga beranak di tinggalkan di tangga Sogo, membawa haluan sendiri ...

I pun apalagi teruslah meninjau apa yang patut tapi dalam kotak fikiran sentiasa teringat pesan suami, 

Jangan keluar sesen pun! Budak-budak tu dah makan di rumah tadi. Jangan kerja nak masuk keluar Mekdi, Kepci dan sanak-saudaranya!

Okaylah, kami tak makan di luar....

Ada lagi tu...

Dan jangan beli yang bukan-bukan. I tahu you ni bukan boleh kalau I takda sekali. Entah apa-apa dibazirkan nanti!

Hai, I nak beli baju keluangman kelawar kat luar Sogo tu pun tak boleh ke?

Hujan! Macamana you nak keluar ke situ?

Nasiblah Kak Ton... pergilah jalan-jalan 2,3 jam 'makan angin' dalam Sogo tu...

Tapi, ada baiknya hujan lebat tau sebab dalam Sogo tenang aje. Aman damai walaupun ada sale sana, sini, situ. 

Kalaulah Kak Ton tahu jiran sederet Kak Ton @ Umi Alya ada di sekitar, tentu-tentu Kak Ton pakai topeng muka Catwoman tau! Tapi lepas fikir-fikir balik keadaan sekitar selamat dan kalau Kak Ton teruskan dengan usaha nak memakai topeng muka Catwoman berbaju kurung, entahlah berapa 'likes' Kak Ton dapat gamaknya πŸ˜‰

Makanya Kak Ton pun memulakan langkah dengan masuk ke dalam lif dan terus ke Tingkat 4. Eh, tapi sebelum tu kita surveylah dulu apa ada di Tingkat G dulu 😊

UA, kalau 'terrorist' sangat jap CH, jap Kuantan, jap Sogo, Tingkat 4 ada apa?

I spent time dengan anak-anak di sini dekat sejam. Lepas tu tetiba ternampak tempat ni kosong, Adik Cute pun apalagi...

Biarlah gambar yang berbicara sepi...





Adik Cute aje ya 'kanak-kanak' di sini, makanya bebaslah dia merata di dalam tu bermain sendirian. Bubbly Abang tak ingin nak masuk waima untuk menemani adiknya bermain sekali pun. Lagi pun tetiba dia kata perut rasa tak sedap pulak. Berbaringlah sebesar-besar gajah kat kerusi di luar playground ni. Kejap perut sakit memulas, kejap rasa nak muntah. Janji dengan HD sampai pukul 7 lebih baru diambilnya. Abang pun berdoalah meminta pada Allah supaya hilang sakit perutnya sambil menyedut Vicks dan menyapu minyak kapak di perut...

Adik?

Dia apa kisah. Janji bila dapat berada dalam dunia playground sendirian, hebat dah sangat feelingnya!

Mommynya pulak buat apa?

Bak kata UA, mana mungkin MD akan meninggalkan anak-anak tanpa pengawasan. Memanglah I jadi 'pengawas' terpacak kat situ, tolong jerit mana patut walaupun takda orang lain di situ kecuali my anak-anak!

Sempatlah berposing, sempatlah ukur tinggi budak-budak ni...

Eh, eh! Adik Cute dah 120 cm dan Bubbly Abang pulak dan 154 cm  tingginya. Tak lama lagi, Mommy mereka bolehlah mencelah di antara mereka dua beradik!

Bila Adik Cute dah puas main dan doa Bubbly Abang dimakbulkan Tuhan, kami pun terus naik Tingkat 6 pulak. Kita lepak kat Texas Chicken walaupun suami kata JANGAN tadi...

Ishhh... memang tak dengar kata bini seorang ni tau!

Agak-agak dah jemu duduk di situ, kami pun turunlah ke Tingkat 5.

Baru aje nak buat tinjauan, tetiba HD telefon suruh get ready nak balik dah! Aduhai....

Masa HD ambil tulah kami terfikir why not kita pergi ke Ekspo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka? Kalau ramai orang, kita blah balik rumah. Terlanjur dah di area berdekatan, wajiblah menyinggahkan!

Okey, yang itu kita cerita kemudian! Kalau I tak menyelinap masuk gua, nanti kita uplah entri ya 😊

Selesai di ekspo, kami pun pulang ke rumah. Jam pun dah pukul sembilan lebih. 

Tetiba pulak rasa nak makan. Makanya, jomlah kita ke KFC depan rumah 😊 Kita cuba produk terbaru KFC ya - Chizza nama diberi.

I kalau ke KFC memang suka beli ni...



Tau tak apa tu? It's Loaded Potato Bowl. My favorite selain daripada ayam goreng KFC. Muak dah makan ayam goreng ni. Masa bercinta makan seketul, lepas kahwin boleh makan dua ketul tapi sejak anak-anak dah besar ni, back to one ketul ajelah. Lepas tu muak dah!

Dah terlanjur di sini, kita cubalah order Chizza sekali...

A la carte berharga RM7.90 ya.

Rupanya begini lebih kurang...



Dan rasanya?

Well, you all janganlah expect it's a pizza ya. Ianya cuma filet ayam  yang ditaburi cheese, sos, 'bawangan' dan nenas. Rasa macam makan isi Burger Zinger ajelah! Sama juga dengan isi ayam dalam Loaded Potato Bowl tu tadi. So ianya more to filet ayam yang menjadi base untuk pizza, bukannya pizza ya!

Tapi, okaylah! Kalau nak cuba makan, apa salahnya. But for me, macam tak mengenyangkan aje. Kalau my jiran sebelah yang berdarah KingKong ni makan, nescaya dia akan masuk ke beberapa restoran lagi dalam sehari tu dek kerana kurang kenyang. Hahaha!

Itu ajelah nak cerita. 

Lain kali berjumpa lagi ya!

Yang tulus ikhlas mengharapkan kamu, kamu, kamu mengomen,

MD

πŸ˜‰



































Friday, November 17, 2017

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan!

Amboi, tajuk! Seram membacanya!

Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni?

Yang sebenarnya, tak tahulah hari ni nak berceloteh tentang apa! Padahal, kisah birthday my anak bujang tercomel@Adik Cute belum masuk blog pun! I kan adil dan saksama; dah birthday Bubbly Abang tak masuk blog sebab tak bersambut dek I kena diarrhea dan demam 5 hari berturut-turut masa raya Haji dulu,  tentulah kisah birthday Adik Cute pun tak masuk blog juga (tapi ada up post kat FB, kehkehkeh!)

Well, ada bagusnya juga tak tahu apa nak dibebelkan di hari Jumaat yang mulia ni! Kalau asyik aje membebel, tak pasti pulak bahu kiri ke atau kanan yang lagi berat di penghujung hari 😊

Apa-apa pun I sajalah memunculkan diri hari ni; manalah tahu ada yang menyimpan rindu dendam yang teramat. Kasihan pulak nanti, tak sampai hati menengoknya... Hahaha!

Esok ada majlis perkahwinan my anak saudara lagi. Kalau bulan September lalu si adik perempuan, kali ni pulak si kakak sulung. Mereka ni tiga beradik aje; dua perempuan dan satu lelaki di tengah. Anak-anak my sister nombor tiga, Teh yang tinggal di JB. Anak perempuan bongsu dulu buat di JB jadinya kali ini, untuk anak perempuan sulungnya, mereka sepakat buat majlis di KL aje. Mereka nilah sepupu sepapat kepada Wany Hasrita tu. I pulak tumpang sebau-bau bacang benyek aje dengan penyanyi tu sebab jauh dahlah nak mengaku sedara! Hahaha!

Oh, ya! Gambar majlis my anak saudara @ si anak bongsu Teh tu pun tak masuk blogkan dek kerana kemalasan menimpa! Lagi pun tak banyak gambar yang ada kerana I sibuk tak tahu buat apa masa tu. Sibuk bergambar kat pelamin oranglah rasa-rasanya...

Petang ni I akan mula menyibukkan diri di mana yang patutlah - nak buat inai ke, nak tumpang makan-makan ke, nak lepak kat homestay mereka ke, tengoklah gayanya nanti macamana. Yang pasti macam selalu, I tak akan menyingsing lengan sibuk menolong. Hahaha!

Majlis akad nikah esok pagi makanya tak bolehlah MD sekeluarga bangun lewat untuk brunch. Lepas Subuh memang tak tidurlah rasanya sebab macam-macam nak buat - nak kemas rumah, nak jemur pakaian, nak buat light breakfast (kecoh arr dia ni, nak bakar roti letak kaya pun consider susah...) , sediakan pakaian seisi keluarga dan macam-macam lagi sebelum keluar rumah sehari suntuk esok! Walaupun venue tak jauh dari rumah kami, kenalah datang awal. Takkan majlis dah bermula barulah mak saudara sekeluarga sampai. Memang nak minta kena hempuk dengan my kakak-kakak tau!

Paling best, tema untuk majlis esok. Orang lain semua ikut tema dan macam selalu, I selalu aje melarikan diri dari tema yang sebenar. I beli baju warna pale purple padahal temanya grey. Bila pakaian I sampai, tengok macam warna grey pulak! Okaylahkan, order pale purple tetiba jadi grey tetapi I tengah terfikir nak pakai warna soft pink pulak (kalaulah baju yang satu lagi sampai hari ni 😊) 

Atau pun, masa nikah pakai baju lain dan masa majlis bersanding pakai baju yang lain?

Eh, mengalahkan pengantin pulak nak tukar-tukar pakaian dah ni kekdahnya! Melampau weyh πŸ˜‰

Tak kisahlah mak saudara sorang tak ikut tema. Nanti kalau ada kerja-kerja yang perlu dibuat oleh ahli keluarga, I bolehlah 'melarikan diri' selalu 😊 Nampak tak motifnya apa sebenarnya yang sampai tak nak ikut tema ni?

Okaylah, malas membebel banyak. Kita jumpa lagi dalam entri seterusnya yang tak tahu bila akan digarap. Kalau rajin, petang-petang ni pun boleh buat entri. Kalau tak rajin, memang tunggulah sepurnama lagi!

Bye!


Tuesday, November 14, 2017

Masalah selesai *_*

Salam kawan-kawan!

Jenuh tau sejak semalam dok melangut depan komputer membelek entri sebelum ni.  Entah apa masalahnya pun tak tahulah. Terima kasih pada KakG comel (ehem, bodek mesti kasi up ^_^) yang sudi beritahu ada masalah 'dalaman' my blog ni. Kalau tak diberitahu, memang sampai ke sudah I tak tahu walaupun ada kemusykilan timbul kenapa takda satu komen pun yang masuk. Adakah 'peminat-peminat' Kak Ton telah give up membaca celoteh Kak Ton yang sentiasa panjang berjela-jela ni? Hahaha!

Lepas penat menggodeh sendiri tapi tak juga berkesan, I pun cubalah merengek-rengek pada sang suami. Tapi tahu ajelah ya kalau isteri yang melebihi 10 tahun usia perkahwinannya merengek, memang lambat betul responsenya tau. Puas merengek sampai ke pagi masih lagi tak jalan kerjanya. Walaupun sang suami nampak macam free aje malam semalam, dibantainya tidur awal. Pagi tadi merengek lagi sambil berkata, "Sampai hati you I minta tolong tengok blog apa masalahnya, you langsung tak peduli".

Hmmmm....jawab pun tidak! Buat macam tak dengar aje tau!

Nak tak nak, I pun buatlah kerja paling terror I tau buat kalau membabitkan blog ini. Apa lagi, tukar temalah ^_^

Jadi hopefully, masalah tak boleh nak tinggal komen itu dapatlah diatasi dengan ilmu yang bak setitis air di Lautan Pasifik yang I ada ni. Kalau masih tak boleh, rasanya I nak suruh HD tukarkan kepada dotcomlah. Walaupun katanya suam-suam kuku aje gaya bloggingnya, keinginan WAJIB tinggi tau!

Hari ini entri pun senafas aje ni sebab daripada pagi tadi menaip entri sampailah ke petang ni baru siap dek gangguan-gangguan tugasan yang lebih afdal didahulukan.

Lain kalilah ya kita berborak panjang lagi.

Bye-bye, kesayangans semua ~_^ (Auw, melentik bulu mata kalau kenyit mengancam macam ni tau...)




Monday, November 13, 2017

Exam

Salam kawan-kawan!



Okay, hari ni kita bercerita tentang peperiksaanlah ya! Katanya sekarang ni pelajar sekolah Tingkatan Lima sedang menduduki peperiksaan besar SPM buat masa ini. Pasti jenuh beberapa minggu ni nak kena bersengkang-mata mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir dan memerah otak dok berfikir nak menulis jawapan yang bakal score A+ dari guru penanda kertas peperiksaan. 

Kita dulu-dulu pun sama jugalahkan feelingnya. Berdebar! Mahunya tak berdebar! Dah orang keliling dok kata inilah exam yang akan menentukan 'hidup' masa depan! Mahu tak gelabah dibuatnya! Tak dapat result bagus, tak dapat masuk universiti. Tak dapat masuk universiti, maksudnya 'tak jadi oranglah'! Zaman kita dulu, kalau tak dapat ambil jurusan medic, engineering, accountancy (dan segala jurusan yang 'gegak-gempita' bunyinya) maknanya tak berjayalah dalam hidup...

Kasihan alahai nasib ketika tu ya...

Kalau tak lulus exam lagi parah; silap haribulan kena kahwin cepat. Tak dapatlah enjoy life. Orang enjoy, kita dok jaga anak-anak berderet keluarnya setiap tahun. Maklumlah kahwin muda ^_^ 

Bila dithrowback, I pun macam tu juga dulu. Awal-awal bukan main berdebar dan teruja nak sit for exam. Lepas dua, tiga paper, mulalah gelabah dan tak sabar-sabar rasanya nak pegang title 'bekas pelajar sekolah menengah'! Tapi hari ni bukan kisah panjang berjela tentang my SPM exam yerk ^_^ (Duhhhh.... nasib baik alahai! Kalau tidak, kering air liur membaca celoteh dia nih!)

I takda anak yang menduduki peperiksaan; baik UPSR, PT3 mahupun SPM pada tahun ni. Jadi segala apa peperiksaan yang sedang berlangsung, I memang tak ambil peduli langsung. Kecuali peperiksaan hujung tahun untuk murid Tahun 5. Sebabnya, my anak bujang tersado@Bubbly Abang kena sit for that one particular exam ^_^ Well, itu pun dah lama sudahnya, like few weeks ago! Sekarang ni my anak bujang sedang bersenang-lenang saban hari menatap gajet. I okay aje, asal takda exam to sit ^_^

Dek kerana hujung minggu I malas baca suratkhabar dan ambil tahu hal dunia, tak juga rajin nak update blog, maka cerita ni pun agak basilah ya. Tapi takpalah, ini bukan exam pun. Dalam blog, kalau nak berthrowback memanjang, takda sapa kisah pun. Dah namanya blog kita sendirikan. Cumanya kalau asyik syok sendiri, memang makin kuranglah yang membaca... Hahaha!

Jadinya, baru pagi tadi I terbaca kisah ini :- 


*_*

^_^

~_^

Dah, cukup-cukuplah letak simbol! Nasib baik hari ni tak rajin nak letak smileys. Kalau tak... naya penuh sampai ke titik noktah terakhir dia bersmiley tanpa jemu ~_^

Okay, apa kisahnya? 

Tak baca lagi?

Lah...sama aje kekdahnya macam I juga rupanya. Kisah minggu lepas, hari ni baru nak baca! I ada sebab tau. Tarikh tu I bercuti, sibuk melayan kerenah si birthday boy dan makan-makan besar seisi keluarga terdekat ^_^ Of courselah, I takda kisah pun nak baca news, sempat baca gosip aje pun!

I short-cut ajelah ya pada yang tak membacanya...

I pun tak pasti siapa yang menulis surat ni kepada suratkhabar The Star - makpak ke, cikgu ke, atau entahlah mungkin just a 'Worried Malaysian' yang prihatin...

Katanya Paper 1 English SPM 2017, ada satu soalan esei dengan markah penuh 50 (banyak okay, bukan sikit markahnya kome nak buat main-main...) yang bertajuk,

If you had the opportunity to move to another part of Malaysia, where would you choose to live? Explain your choice.

Okay, you all nampak apa bila baca tajuk tu?

Adakah tajuk itu amat mengelirukan akal fikiran yang tengah kusut dan berdebar-debar nak jawab kertas BI pada masa tu?

For me, I baca sekali lalu aje dan takda nampak apa-apa masalah yang mengelirukan pun dalam soalan tersebut. Walaupun kemungkinan besar ada 'butterflies in my stomach' masa nak menjawab soalan ni dan tangan pun berpeluh sakan nak pegang pen untuk mula menulis 'karya teragung' yang mampu menbawa another A+ ( I assume I lah yang tengah ambil exam SPM tahun ni ya ^_^), I tak rasa pun soalan ini mengelirukan akal fikiran ketika itu.

Apa yang paling penting ketika membaca soalan untuk menjawab kertas peperiksaan? 

Carilah kata kunci!

Fikir betul-betul apa yang soalan mahukan!

Dah jelas tertulis to move to another part of Malaysia, tak akanlah you all boleh tulis esei 10,000 patah perkataan (oppss....panjangnya!) tinggal di UK!

Kesilapan macam nilah kalau my anak bujang buat, memang kaw-kaw, I 'tazkirahkan' dia tau!

Samalah macam exam baru ni, karangan Mandarinnya berbunyi begini, Tuliskan kelemahan-kelemahan diri anda. Macam itulah lebih kurang my anak bujang terjemahkan to me. Markahnya 15 ke, 20 tak pun 30 macam itulah kalau tak silap ya.

Boleh pulak dia senaraikan satu aje kelemahannya!

Selepas exam, Laoshi pun tanya satu kelas siapa yang beri satu aje kelemahan...

Dia dengan bangga turut angkat tangan!

Laoshi kata lagi... Tak baca betul-betul ke soalan?

Kan dah kena!

My anak fikir kalau dia beritahu kisah ni to me, I akan bersimpati sambil peluk-peluk dirinya yang gebu itu seraya berkata, "Takpalah, sayang! Exam Tahun 5 pun! Bukan boleh bawa ke mana pun!"

Oh, silap dah tu....

Cerita belum sempat habis, halilintar dah 'terkeluar' dari my mulut!

Kenapa tak baca betul-betul? Tak pandai baca ke? Kalau dah markah banyak macam tu, fikir cikgu nak minta satu aje ke kelemahan diri? 

Habis aje halilintar, guruh panah petir dan sebagainya, barulah I kata,

Takpalah! Nak buat macamana! Terima ajelah markah berapa dapat. Siapa suruh cuai! Tanggung sendirilah ya! Mommy dah berbuih mulut nasihatkan! Kalau sebelum exam nak menyesal takpa. Kalau selepas exam nak menyesal, silap besarlah. Mommy dah banyak kali cakapkan! Doa Mommy aje tak cukup kalau diri tak rajin berusaha!

Tapi zaman sekarang ni, anak-anak memang 'manja' lebih sikit ya! Nak buat macamana, semua ibubapa sayangkan anak-anak. Kalau tak sayang, takdalah mereka peduli hal-ehwal pelajaran anak-anak. Tapi, kalau dah terlebih peduli pun susah juga guru sekolah nak mendidik anak-anak murid ya! Kurang peduli salah, terlebih peduli pun salah... 

Nasiblah siapa suruh jadi makpak ~_^

Maklumlah, itu tak boleh, ini tak boleh. Pukul sikit makpak marah, pukul banyak sampai lebam, lagilah marah. Dapat makpak yang sentiasa tak berfikiran waras, mahu cikgu kena pukul sampai lebam semula ^_^

Eh, kalau my anak yang lebam dek kerana cikgu, I pun akan singsing lengan 'cari pasal' balik dengan cikgu tu di sekolah! Hehehe....

Bak kata my cikgu sister, kalau dah tak boleh nak pukul sikit pun, macamana nak ajar. Kesimpulannya, kalau anak-anak muridnya nakal, degil, malas, dia buat tak tahu ajelah. Nanti marah lebih-lebih, tersayat pulak perasaan anak murid, tertekan, lantas mengadu pada makpak kata cikgu selalu aje 'aim' dia seorang aje dalam kelas tu. Padahal dia yang jadi puncanya!

Dalam kes Paper English SPM 2017 ni, I  tak rasalah ianya mengelirukan. Dan, sebagai ibubapa (kalau yang menulis surat itu adalah salah seorang ibu/bapa pelajar SPM 2017) tak perlulah risau sangat kalau anak tersilap baca soalan sampai nak suruh kementerian check semula soalan straight forward macam ni dan tukar cara pembahagian markah dek kerana soalan begini. 

Nama pun examkan. Bukan semua budak-budak yang dapat soalan begini akan memberikan jawapan yang sama. Silap haribulan, ada yang lagi teruk sampai terkeluar terus dari tajuk yang diberi. Kita tanya soalan di atas, dia pergi dok bercerita pulak macamana kisah hidupnya yang terpaksa tinggal dengan atoknenek selepas makpak bercerai! Ahah, nangis guru penanda kertas; berkoyok-koyok kepala tu nanti nak tanda kertas!

Apa-apa pun selepas menduduki peperiksaan, kita berdoa ajelah semoga terbuka hati guru penanda kertas tu nak bermurah dengan markah. Kita dah berusaha walaupun tersilap baca soalan ^_^ Kenalah belajar dari kesilapan. Kalau tidak, macamana nak pandai dalam hidup ni nanti?

Kalau perkara begini berlaku pada my anak, apa respon I agaknya?

Ehhhhh....marahlah!

Tapi I marah my anaklah sebab cuai baca soalan! Dah hilang markah. Baik-baik ada peluang dapat A+, tetiba dapat satu D, itu pun tanda murah hati cikgu penanda kertas ^_^

Takdanya I nak tulis surat pada Kementerian Pendidikan merayu guru-guru yang sepatutnya menanda kertas subjek tersebut supaya berfikir kembali sebelum gagalkan essay writing my anak bujang tersado alahai comelnya *_*

Kalau tidak, tak akan ada peribahasa  'Nasi sudah menjadi bubur', duh!

P.S. Tak tahulah apa masalahnya sejak entri ni digarap, ruangan komen tak boleh diguna. Satu komen pun tak dapat sebab ada error. Minta tolong HD, sampai ke pagi ni masih lagi tak dijenguk-jenguknya apa masalah yang berlaku. Harap bersabarlah ya kalau teruja sangat nak tinggalkan komen tapi tak dapat ^_^

Update : Dah okay nampaknya entri ni. Silalah mengomen berjemaah kalau sudi ya, my 'darlings' semua ^_^












Friday, November 3, 2017

Adik Banyak Cakap

Salam kawan-kawan!

Kalau dah berceloteh tentang emak, tentang anak bujang tersado @ Bubbly Abang, seharusnya hari ini kenalah bercerita tentang anak bujang terlajak laris yang keletah ni. Siapa lagi kalau bukan 'My name is Jeff' a.k.a Adik Cute a.k.a jiran sebelah Gumball, anak kepada Richard and Nicole serta abang kepada Anais 😊. Barulah adil dan saksamakan!

Nasib baik juga anak dua aje; dua-dua lelaki. Kalau ada 10 anak lelaki dan perempuan, mahu pengsan ahkak tahu nak bersikap 'adil dan saksama' ! Ke spital selalulah gamaknya dek tekanan darah tinggi! Hahaha!

By the way, tak perlulah mengharapkan selepas ini giliran bercerita tentang HD pulak. Ada pulak yang kena hantar resignation letter kat blogspot suh tutup blog nanti. Hahaha!

Eh, Eh! Ceria pulak bila dah hari Jumaat ni ek! Maklumlah esok hujung minggu dah. Seronok bangun lewat 😊

Adik Cute sekarang ni sedang menghitung hari menanti sepupu kesayangan @ makpak angkat  @ babysitter@ my bibik-bibikku kaki gosip (hahaha lagi), Kakak Sara and Abang Afiqnya balik hujung minggu ni. Hari-hari tanya bila depa nak balik. Kalau I kata sebulan lagi, dua minggu lagi, mesti dia akan jawab,

Adik tak faham berapa lama tu. Beritahu harilah, berapa hari lagi....

Okaylah, 30 hari lagi, 14 hari lagi dan pagi ni I kata,

Esok Mommy cuti dua hari, hari kedua Mommy cuti tu kakak pun baliklah!

Oh, Sunday ke?

Eh, eh, dia ni....

Oh, bukan suka-suka dia menunggu tu! I rasa ada banyak udang galah di perairan Lautan Pasifik rasa-rasanya...

Kita tunggu dan lihat ajelah nanti. Tapi yang pasti, memang setiap malamlah dia nak tidur rumah MakNgah. Dulu-dulu rajin juga tidur kat 'inapdesa' @ rumah MakNgah  tapi lately dah tak lagi. Bila MakNgah tanya,

Sebenarnya Adik suka tidur rumah MakNgah tapi Mommy kata kalau Adik tidur rumah MakNgah maknanya Adik dah tak sayang Mommy lagi...

Makanya no choicelah ya, kenalah tidur kat rumah dengan Mommy. Mommykan mudah rindu kalau anak takda depan mata. Kalau ada, kerja nak jadi bini Tarzan jerk! Kahkahkah....

1. Seminggu lalu kami breakfast bersama Mak dan Ngah. Tengok dia makan nasi lemak dan ayam goreng licin sepinggan. Bila kita tanya sedap ke, jawabnya sedap aje tapi....

Ada tapinya tau...

Mommy masak lagi sedap. Mommy masak 100% sedap. Kedai punya ni 6% aje... (Huhaaa....)

Habis tu MakNgah masak? tanya MakNgahnya...

MakNgah punya 66% !

Bila MakNgah merajuk sebab sikit sangat padahal bila makan di rumah MakNgah siap minta tambah lagi maka dia pun upkan ke 99%. Nak up 100% tak boleh sebab tak bolehlah melebihi Mommynya. Hahaha!

Kata Adik masakan Mommy yang paling dia suka spaghetti dan juga ayam goreng bersos cili 😊 Kalau tanya si abangnya sudah tentu nasi lemak dan sambal tumis 😊

Tapi yang tak syok tu, MakNgah masak semua sedap cuma tak suka pedas aje. Habis tu macamana Mommy dapat 100%, MakNgah dapat 99% aje ni?

Ni dah tentu-tentu saja nak ambil hati ler nih....

Bila tanya Daddynya pulak macamana, kata  Adik Daddy pun masak best juga. Dapatlah 60%. Hahaha!

2. Hujung minggu sudah kami ke Ariani. Asal cerita nak pergi potong seluar HD dan Adik Cute tapi biasalahkan bila dah sampai area ni, haruslah jalan-jalan cuci mata juga. My sister Ngahlah yang nak pergi Ariani. I ikut aje. Sampai di sana, lama juga menunggu MakNgahnya tak habis-habis membelek. Sampaikan si kecil ni pun komplen,

MakNgah ni kalau masuk tempat ni.... Mommy apa nama tempat ni?

Ariani!

Ulang balik ayat, MakNgah ni kalau masuk Ariani tak ingat-ingat nak balik! Penatlah!

Kehkehkeh, MakNgah tak jumpa jalan pulang. Nasib baik Daddy ada, kalau Mommy yang bawa kereta dah tentu-tentu MakNgah ajak buang masa kat sini lama lagi!

Yang si Bubbly Abang lagilah penuh komplen aje. Katanya tempat ni sesuai untuk perempuan aje.

Apalah, harga tudung RM200! Tudung aje pun! Takda apa pun best!

Itulah uniknya jadi perempuan, Abang πŸ˜‰

3. Sekarang ni Bubbly Abang suka tengok UPSR kat Astro Ceria kot tak silap. So selalu ajelah ada soalan-soalan objektif untuk dijawabkan. Si Adik ni tak tahu apa pun. Tapi bila tengok abangnya menjawab 'A' dia pun nanti nak bagi jawapan juga. Sukahatilah nak pilih A, B, C, atau D. Bila dia asyik kalah aje, mulalah nak merengek. So, dia pun buat deal...

Siapa yang kalah, dia menang kuiz upsr okey!

Aduhai... sebab jawapan dia asyik salah, makanya dia nak siapa banyak jawab salah, dialah yang menang! Ada ke patut...

Masa Bubbly Abang tengah sibuk exam tempohari, I pun kerja 'mengamuk' aje. Ada satu hari tu I tak benarkan mereka tengok TV. Si kecil ni pulak ada masa-masa dia nak conquer TV tu sebab kartun favoritenya bersiaran. Bila tak boleh main hp, tak boleh tengok TV makanya muka masamlah; protes dalam diam. Nak melawan, kalau berani silakan...

Esoknya bila balik kerja dan mood tengah baik, si kecil ni pun datang nak minta peluk...

Dia pun tanya soalan cepu emasnya for that day...

Mommy, Adik tak faham semalam masa Mommy marah kenapa Mommy tak kasi tengok TV? Bukan ke TV tu Daddy yang beli?

Amboi!

I pun jawab, Okay, boleh switch on TV tu tapi tak boleh tengok Astro sebab Astro Mommy yang bayar!

Ohhhhhh.... macam tu! Adik tak tahu pun!

Duh!

Bab TV ni memang satu hal. Bergaduh aje dengan si kecil ni. Kadang bila I nak tengok drama Korea, kena berlawan dengan kartunnya. Selalu I kata suruhlah tengok kat youtube. Adakan kartun tu kat youtube. Bila dia tak mahu kalah, dia pulak akan suruh,

Mommy tengoklah cerita Korea Mommy kat youtube aje. Kalau Adik bagi Mommy tengok sekarang, cerita Adik habis dah nanti!

Dia ni lupa tau Astro tu I yang bayar! I suruh bayar, katanya dia takda duit...

Kadang-kadang cerita yang dia tengok, I pun tak boleh hadam tau... Duda Pujaan Daralah (sebab ada budak kecil perempuan tu...), 1001 Nights lah, dan entah apa-apa lagi. Pernah sekali dia tak sabar nak tunjuk I iklan di Astro Ceria. Katanya dia minat sangat lelaki tu. I pun tengoklah bila dua, tiga kali kena paksa tengok muka lelaki tu...

Rupa-rupanya Fattah Amin!

Nak 'terpatah' hati I tau! Awatlah Adik ni.... dah takda pelakon kayu lain ke, Dik? Hahaha!

4. Adik ni memang suka 'multi-tasking'; sambil tengok kartun, sambil pasang lego (sekarang legonya dah jadi rumah 5 tingkat I tell you...dia kan nak jadi angkasawanlah, arkiteklah, bombalah, abe polislah, semua dia nak 'gondol' tau), sambil tengok youtube kat handphone. Entah tang mana yang dia betul-betul concentrate pun tak tahu. I rasa dia lagi concentrate dengan 'pembinaan' rumah bertingkat legonya!

Tiba-tiba tengok kat TV nampak animal terus dia start borak,

Mommy, Adik nak bela haiwan yang boleh bercakaplah.

Mana ada haiwan boleh bercakap?

Habis tu kat kartun TV tu semua boleh cakap?

Itu kartunkan. Mommy dah kata kartun tu tipu aje...

Habis kat youtube pun haiwan boleh bercakap?

In real life haiwan tak boleh bercakaplah, Dik. Apalah Adik ni buat joke... sampuk Bubbly Abang.

Kenapa ek, semua haiwan kat negara kita ni tak boleh cakap! Haiwan kat Amerika semua boleh cakap!

Aduh, tak faham-faham lagilah dia nih!

5. Masa cuaca panas sangat baru-baru ni, si kecil ni sibuk minum plain water. Siang malam buka tutup pintu peti sejuk cari air. Sampailah nak tidur malam, masih lagi tak sudah dok teguk air. I pun suruhlah berhenti, dah nak tidur dah ni. Dia pun pantas aje menjawab...

Adik tak boleh tidur kalau tak minum plain water, sambil meneguk air.

Barulah otak selesa gila sekarang!

Adik Cute ni sudah tak minum susu lagi tapi dok minum Milo dalam botol. I tanyalah bila nak berhenti. Tahun depan dah sekolah. Katanya tahun depan nanti dia berhentilah. Sekarang ni kena minum lagi.

Tiba-tiba semalam katanya, Mulai sekarang, Adik minum 5 kali sehari. Nanti dah sekolah 3 kali aje!

Selalunya bila dia menonton TV, penat main atau pun mata mengantuk dia akan minta sebotol Milo 'sejuk taknak, panas taknak, panas tak sejuk pun tak'!. Sambil minum  tu sambil melayan habit buruknya menggulung rambut dengan tangan. Bila siap minum, rambut pun elok aje bergulung macam bunga ros kekdahnya!

So, adalah satu hari ni dia minta Milo dalam botol tapi I suruh mandi petang dulu. Dia pun menjawablah,

Adik tak boleh mandi dulu. Kena minum Milo dulu.

Tak! Mandi dulu. Baru Mommy buat Milo.

Kalau Adik mandi, nanti rambut basah macamana Adik nak gulung-gulung rambut?

Hai, tak boleh tahanlah melayan ini budak!

Tak tahulah I terlebih makan apa masa mengandungkan si kecil ni dulu. Rasa-rasanya dari awal sampai cukup 9 bulan tekak tak boleh terima makanan! Makin hari makin menjadi-jadi mulutnya. Kalah tau kome-kome punya anak perempuan!

Itu belum masuk bab suka selfie dan perasan comel memanjang!

Tak tahulah ikut siapa dia ni...






KFC Chizza Ku-Sogo-kkan ~_^

Salam kawan-kawan!  Ya, kita bersua kembali setelah I selesai memperbaharui keahlian di Gua Tempurung 😊 Apa khabar semua? Saya...